Bismillah..

Bismillah..
DEMI MASA..SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN.

Friday, January 29, 2010

Pilihan Raya Kampus UM 2010






















































Pilihan raya kampus pada edisi kali ini seperi biasa berlangsung dalam suasana panas, terutama di Universiti Malaya (UM) di mana para penyokong yang berbaju oren dan hitam melaungkan slogan antara satu sama lain. Menambahkan lagi kehangatan pada kali ini adalah buat pertama kalinya dalam sejarah UM menggunakan sisitem e-voting menggantikan sistem manual proses pengundiaan yg biasa dilakukan sebelum ini.

Seperti biasa, pilihan raya kampus menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan pelajar - Pro-aspirasi yang didakwa mendapat sokongan pihak berkuasa kampus, dengan Pro-Mahasiswa (pro-M).

Semas proses penamaan calon berlangsung, Kira-kira 200 penyokong pro-M di Universiti Malaya, ramai daripadanya memakai baju oren, berarak ke pusat penamaan calon. Manakala kira-kira 200 penyokong pro-Aspirasi turut berkumpul di fakulti sains, berhampiran pusat penamaan calon.

Penyokong pro-M melaungkan slogan 'hapuskan rasuah' dan membawa plakad yang bertulis 'RM5,000' dan nama sebuah hotel. Mereka mendakwa kumpulan pro-Aspirasi mendapat bantuan kewangan dari pihak berkuasa kampus. Manakala penyokong pro-Aspirasi pula membalas dengan melaungkan slogan 'pro-M alat PKR'

Sejumlah 41 kerusi di pertandingkan di UM kali ini. Pro-M mengemukakan 28 calon manakala pro-Aspirasi bertanding di semua 34 kerusi.

Sehingga kini, masih belum ada keputusan rasmi berkaitan Keputusan Pilihan Raya Kampus yg di keluarkan oleh pihak HEP Universiti Malaya yg memperlihatkan keputusan tdk rasmi yg diumumkan semalam mendapat bantahan daripada pihak Pro M.

2 comments:

  1. salm ziarah...
    berkenaan PRK ni...Alhamdulillah Pro-M menang kan, semoge segala gerak kerja MPMUM bertambah lancar untuk bangunkan mahasiswa UM sendiri...insyAllah,
    ~we unite for UM~

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..Tq atas respon yg saudari berikan..
    Same2la kita meletakkn UM kembali ke landasan yg sebenar..UM IS ONE..!

    ReplyDelete