Sendiri di anjung itu
Termenung, termangu, terpaku
Mencari sekelumit kekuatan
Dalam pasir-pasir kekalutan
Akulah hamba yang lemah
Waktu itu azan bergema
Berterbangan memanggil-manggil
Menyentuh lembut pipi hitamku
Mungkinkah itu jawabannya?
Mungkinkah itu yang aku pinta?
Kekuatan tak mungkin hadir
Jika hanya bersandar pada diri
Sesekali dongaklah ke atas
Di sebalik gugusan awan lembut
Ada satu kuasa
Tak mampu kau lawan
Tak mampu kau tawan
Melainkan hanya meminta ehsan
Itulah jawapan
Bismillah..
DEMI MASA..SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN.
Thursday, December 31, 2009
Kekuatan dalam menghadirkan jawapan..
Friday, December 18, 2009
Penantian 20 tahun terlerai..

VIENTIANE, Laos - Selepas menanti selama 20 tahun, akhirnya pingat emas acara bola sepak Sukan SEA kembali berada dalam genggaman Malaysia.
Skuad negara kendalian K. Rajagobal mengakhiri kemarau selama 20 tahun itu apabila berjaya membenam Vietnam 1-0 pada final Sukan SEA XXV di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional.
Jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83 sudah cukup buat barisan muda negara melakar sejarah penuh gemilang di bumi Laos, sekali gus membantu kontinjen Malaysia meraih pingat emas ke-40 semalam.
"Selepas kita menanti 20 tahun, kini anak-anak buah saya sudah mengembalikan semula pingat emas acara bola sepak Sukan SEA buat Malaysia. Kami sememangnya berhak meraih untuk pingat emas ini.
"Selama ini, kita menunggu untuk bergelar juara Sukan SEA dan akhirnya para pemain saya telah merealisasikan impian seluruh peminat bola sepak Malaysia. Saya harap, dengan kejayaan ini, ia akan kembali mengangkat kembali martabat bola sepak Malaysia," kata Rajagobal.
Kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 1-0. Pada Sukan SEA 2001 juga di Kuala Lumpur, skuad negara turut melangkah ke final, namun tewas 0-1 kepada Thailand.
Mengulas lanjut kejayaan anak-anak buahnya mengulangi pencapaian pada Sukan SEA 1989, Rajagobal berkata, kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan menjadi antara kunci utama mereka ditabalkan selaku juara pada temasya kali ini.
Friday, December 11, 2009
Mas kahwin Selangor RM300
SHAH ALAM - Setiap pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Selangor mulai tahun 2010 bakal dikenakan bayaran mas kahwin sebanyak RM300. Sebelum ini, kadar mas kahwin di negeri itu hanya RM80 bagi anak dara manakala RM40 untuk golongan janda.
Mulai tahun depan, tiada lagi perbezaan untuk kadar mas kahwin sama ada untuk yang berstatus anak dara atau janda apabila kadarnya ditetapkan sama.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, kadar mas kahwin baru itu berkuat kuasa 1 Januari dan kenaikan dibuat bagi menyelaras semula kadar mengikut perkembangan ekonomi semasa kerana ia tidak pernah dikaji sejak tahun 1978. "Kadar baru mas kahwin ini telah mendapat persetujuan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam negeri.
"Bagaimanapun, kita jangka kadar baru ini tidak membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga kerana jumlahnya adalah munasabah," katanya kepada selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar di sini semalam.
Mulai tahun depan, tiada lagi perbezaan untuk kadar mas kahwin sama ada untuk yang berstatus anak dara atau janda apabila kadarnya ditetapkan sama.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, kadar mas kahwin baru itu berkuat kuasa 1 Januari dan kenaikan dibuat bagi menyelaras semula kadar mengikut perkembangan ekonomi semasa kerana ia tidak pernah dikaji sejak tahun 1978. "Kadar baru mas kahwin ini telah mendapat persetujuan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam negeri.
"Bagaimanapun, kita jangka kadar baru ini tidak membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga kerana jumlahnya adalah munasabah," katanya kepada selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar di sini semalam.
Saturday, December 5, 2009
Sekitar Ibadah Korban Masjid Parit 4
Alhamdulilah..Pada hari ahad lalu iaitu pada 29 November, Masjid Baru Parit 4 Sg Hj Dorani telah menganjurkan Majlis Ibadah korban sempena meraikan Hari Raya AidilAdha. Majlis korban ini telah di mulakan pada kira2 jam 10 pagi dan ianya mendapat sambutan yg baik drpd masyarakat setempat. Untuk edisi kali ini, jumlah lembu yg di korbankan ialah sebanyak 2 ekor. Setelah selesai upacara penyembelihan, aktiviti melapah lembu pula mengambil tempat. Dalam melaksanakn aktiviti melapah ini, Ianya melibatkn lebih kurang 20 org masyarakt setempat yg terlibat termasuk sy sendiri. Segalanya berjalan lancar dan berakhir sekitar jam 12 tengahari.
Perjalanan Mencari Cinta Sebenar....
Puas sudah,
Kucari kebahagiaan,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman....
Kucari kebahagiaan,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman....
Thursday, December 3, 2009
Hutan Lipur Kanching
Dalam usaha mahu merehatkn minda sblm menghadapi final exam, kami telah merancang dan pergi ke hutan lipur kanching dengan b`konvoi menaiki 4 buah motosikal. Memandangkn lokasi air terjun ini tdk terlalu jauh drpd bndaraya KL, Inilah diantara sbb kami telah memilih air terjun ini sebagai destinasi pilihan. Kami bertolak dlm jam 2 ptg dan smpai lbh kurang 25 minit kemudian. Pada hari itu, agak ramai pengunjung yg turut dtg b`kunjung di sini. Kami memilih untuk mandi di peringkat yg agk tggi memandangkn msg2 masih b`semangat untuk mendaki. Ketika kami sedang mandi,hujan turut dgn agak lebat dan mengakibatkn air menjadi deras dan agak b`bahaya untuk aktiviti mandi-manda. Alhmdulilah segalanya masih terkawal. Kami memilih untuk turun ke peringkat bwah hutan lipur ini ketika mana hujan b`ansur b`henti. Walau apepun aktiviti ini sudah cukup membuatkn kami semua gembira dan mengeratkn lg ukhwah antara kami semua dan dapat meredakn sedikit sebanyak debaran dlm menghadapi peperiksaan yg bakal menjelang kelak. Sblm pulang, Kami singgah menjamu selera di sebuah restoran berhampiran
Wednesday, December 2, 2009
Asas Pembudayaan Keusahawanan (A.P.K)

Salam sejahtera semua. APK salah satu lg subjek universiti yg sy ambil pd sem ini. Kemuncak kepada subjek ini adalah perlu berniaga selam 2 hari. Aktiviti b``niaga ini b`lgsung pada hari khamis & jumaat b`mula pada jam 8 pg sehinggalah jam 5 ptg. Untuk itu, kami telah menubuhkn 1 syarikat yg kesemua ahlinya adalah terdiri daripada Lajnah Siasah Syar`iyyah. Pada pandangan kami, adalah di harapkn dgn demikian akan menjadi lbh mudah sekiranya berniaga dlm kumpulan yg kesemuanya 1 jabatan disebabkn aktiviti b`kumpuln adalah amat memerlukn emangat "TEAM-WORK" yg baik. Meskipun tdk dapat di nafikan turut berlaku beberapa masalah sepanjg aktiviti ini khususnya melibatkn segelintir ahli t`masuklah seperti berlaku p`tikaman lidah, kegagalan segelintir ahli memberi komitmen, lari drpd tugas yg telah di amanahkan serta lain2 permasalahan. Kesemua ini adalah lumrah dlm aktiviti yg berkaitan b`kumpulan dan segala p`masalahan ini di tolak ketepi dan tdk terlalu mahu di fikir serta di p`soalkn demi memastikn usaha p`niagaan ini dpt di teruskn dengan jayanya. Walauaapun, setinggi2 ucapan terima kasih di atas segala usaha serta pengorbanan khususnya kpd ketua kumpuln kami iaitu saudara Mujahid yg tdk jemu2 b`tgkus-lumus merangka, melaksanakn serta memastikn segalanya dpt b`jalan lancar. Tidak dilupakn, jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua shbt2 yg lain yg turut komited serta memberikn komitmen100% bg memastikan segalanya b`jalan lancar.Alhamdulilah.
Family Day Jabatan Siasah Syar`iyyah 08/09


Salam..Lajnah Siasah Syar`iyyah telah berjaya mengadakn family day yg melibatkn semua ahli LASIS dari mahasiswa thn 1, 2 dan 3. Pada Kali ini, fmly day diadakn di Pantai Morib, Selangor. Aktiviti yg di jalankn selama sehari suntuk ini adalah bertujuan mengeratkn lg ikatan p`saudaran khususnya di kalangan mahasswa thn 2 & 3 dgn mahasswa thn 1. Pelbagai aktiviti menarik telah di jalankn sepanjang fmly day ini antaranya aktiviti b`kumpulan,b`main bola sepak pantai, sukaneka, sesi pembentangan dan lain2. Malahan tidak di lupakn mandi laut..huhuu..Namun sesuatu yg tidak di duga berlaku serta langsung tidak berada dlm senarai aktiviti kami ialah aktiviti menolak bas setibanya sahaja kami di pantai morib(rosak lak bas nya)haha..Namun apa yg lbh membanggakn adalah semu ahli memperlihatkn semangat serta komited dgn aktiviti ini dgn ianya di terjemahkn melalui kerjasama khususnya di kalangan muslimin serta di bantu oleh muslimat untuk menyediakn makanan serta minuman sepanjang fmly day ini berlangsung. Di harapkn usaha murni sebegini akn dapat di teruskn pada masa2 akn datang dan mana2 kekurangan pada penganjuran kali ini pastinya akn dapat di perbaiki lg di masa2 akn datang,InsyaAllah.
Group TITAS (Mawaddah)
Alhamdulilah..untuk menyempurnakan subjek universiti iaitu TITAS, Kami telah menubuhkan group yg terdiri drpd 8 org ahli iaitu 5 muslimat dan 3 org muslimin. Setelah berbincang, kami sepakat menggelarkn kumpulan kami sbg 'Mawaddah". Alhamdulilah, berkat kerjasama dan komitmen yg di berikan oleh semua ahli, group kami dpat menjalankn segala perancanagn awal sesuai dgn apa yg telah di rancang. Kami memilih tajuk "Mahar & Hantaran" yg mana menjadi topik kajian kami untuk subjek ini. Usaha pengkajian dimulakn dgn setiap ahli di berikan tugas msg2. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Bagi memantapkan lagi proses pembentangan hasil kajian kami, kami telah menyelitkan beberapa kelainan dgn memperdengarkn paluan kompang sewaktu ahli kumpulan mula mengambil tempat untuk sesi pembentangan hasil kajian. Apa yg lebih membanggakn apabila Pn Zainab iaitu lecture yg mengajar TITAS begitu teruja dan memberikn komen2 yg positif berkaitan hasil pembentangan group kami khusunya Lakonan yg kami selitkan bagi memantapkn lg kefahaman berkaitan proses Akad nikah. Oleh yg demikian, Tidak di lupakn jutaan terima ksh kpd group Unik (titas) yg turut berkerjasama dgn group kami dlm proses penggambaran "Mawaddah Wedding".Semoga group Mawaddah ini akan memperoleh result yg membanggakan untuk sesi 2009/2010 ini.AMIN.
Kursus Amali Sembelihan Kolej Kinabalu (8th), UM
Alhamdulillah pd 15/3/2009 balai islam kolej kediaman kinabalu telah menganjurkan kursus sembelihan yg bertempat di surau kolej 8...Kehadiran peserta amat menggalakkan sekaligus memeriahkan program ini..Program ini dimulakan dgn ceramah berkaitan proses penyembelihan yg disampaikan oleh Ustaz Sufi dr Masjid UIA,PJ. Ceramah ini juga bertujuan sebagai pendedahan tentang cara2 menyembelih dgn b2l berlandaskan syariat islam....Selepas itu program diteruskn dgn upacara penyembelihan melibatkan seekor biri-biri & 30 ekor ayam....Tahniah kepada seluruh tenaga kerja dan sumbangan tenaga mereka yg telibat dalam memastikan program ini dpt diteruskan dengan jayanya...
Tuesday, December 1, 2009
Satu Malaysia
Malaysia bumi bertuah
Anugerah yang Maha Kuasa
Berbilang bangsa satu suara
Menuju puncak kerjasama
Cemerlang gemilang di capai
Terbilang wawasan di gapai
Dengan kasih sayang dan kesungguhan
Satu malaysia di kotakan
Satu malaysia wawasan terkini
Memimpin rakyat ke satu dimensi
Menjadikannya satu realiti
Berbilang kaum satu identiti
Satu malaysia satu cita-cita
Malaysia tercinta rakyat merdeka
Berpaksikan kata keramat
Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan
pencapaian di utamakan..Satu Malaysia
Lagu : Moja
Lirik : Readone_lasis
Anugerah yang Maha Kuasa
Berbilang bangsa satu suara
Menuju puncak kerjasama
Cemerlang gemilang di capai
Terbilang wawasan di gapai
Dengan kasih sayang dan kesungguhan
Satu malaysia di kotakan
Satu malaysia wawasan terkini
Memimpin rakyat ke satu dimensi
Menjadikannya satu realiti
Berbilang kaum satu identiti
Satu malaysia satu cita-cita
Malaysia tercinta rakyat merdeka
Berpaksikan kata keramat
Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan
pencapaian di utamakan..Satu Malaysia
Lagu : Moja
Lirik : Readone_lasis
Sajak Kemerdekaan : Keteguhan Teras Keutuhan

Dikala ini..
Kemerdekaan telah dikecapi..
Ketenangan, kenikmatan silih berganti
Dengan keharmonian bangsa dan kaum
Ianya dirai
Suatu masa dahulu..
Telah tercatat di tinta sejarah..
Bagaimana bumi bertuah ini dijajah dan terus dijajah
Kezaliman dianggap lumrah
Hidup bergelumang dengan darah
Bagai tinggal di negara penjajah,
Agama, bangsa dan negara bagaikan hilang maruah
Namun..
Berkat kesabaran dan keiltizaman..
Aspirasi untuk bangkit daripada penindasan
Bibit-bibit perjuangan dijadikan landasan
Berbilang kaum satu identiti di jelmakan
Menjadi benteng penunjuk harapan..
Ketika itu..
Warna kulit, agama anutan, budaya yang diamalkan
Bukan lagi menjadi persoalan
Semangat ingin bebas daripada kepompong penjajahan
Menjadi noktah yang tersemat erat
Di hati rakyat yang mendambakan perubahan
Akhirnya..
Berkat perpaduan dan destinasi yang sehaluan
Kemerdekaan yang di impikan sekian lama
Menjadi realiti bukan lagi igauan
Kemerdekaan dirai bagai pesta keramaian
Menghimpunkan segenap rakyat tanda kebebasan
Bebas daripada penjajah yang mengongkong akal dan fikiran
Berbekalkan kata keramat yang sentiasa digenggam erat
keteguhan teras keutuhan
Nukilan : Readone_lasis 09
Alhamdulilah....

Terlebih dahulu setinggi2 kesyukuran dilafazkan kpd Allah s.w.t kerana dgn limpah kurnianya dapatlah dijelmakan blog ini yg julung2 kalinya berjaya sy hasilkan..Dengan kewujudan blog ini adalah di harapkan agar ianya mampu menjadi medium mahupun batu asas perjuangan dlm menempuh kehidupan yg mendatang..Amin. Di samping itu, adalah turut di harapkan blog ini akan menjadi wadah buat jari jemari menarikan mata pena sambil kotak pemikiran menjelmakan sesuatu yg mempunyai nilai estertika yg tersendiri..AMIN.
P/S :
"Beribadah Untuk Mati, Hidup Untuk Berdikari, InsyaAllah"..
Subscribe to:
Comments (Atom)