Semenjak peristiwa itu
Hidupku kosong tanpa tuju
Di kala kau amatku perlu
Oh sungguh pilu
Kau pergi buat selamanya
Menyahut panggilan yang Esa
Alangkah hibanya terasa
Ku terima takdir-Nya
*Chorus
Oh kepasrahan cinta jiwa ini
Ku tabah mengharungi dugaan ini
Andainya ini ujian yang diberi
Ku insafi kelemahan diri
Ho ku bersyukur kepada Ilahi
Kerana ujian tanda di sayangi
Ku pasti ada hikmah bakal menanti
Ku pasrah cintaku di sini
Ku menadah tangan berdoa
Agar bahagia kau di sana
Kita hanya insan biasa
Hanya hamba-Nya
Ku teruskan hidup tanpamu
Tinggalkan kepiluan itu
Tuhan dengarlah rintihanku
Ku bersujud padaMu
*Ulang Chorus
Lagu: Kuncidemak
Lirik: readonelasis
Bismillah..
DEMI MASA..SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN.
Monday, May 30, 2011
Saturday, May 7, 2011
Warkah Buat Bondaku..Selamat Hari Ibu…
Ibu..
Titipan ini khas kutujukan untuk ibuku yang amat kuperlu,
Lahirku ke dunia adalah atas belas ihsanmu,
Seraut wajah tenangmu sentiasa menghiasi langkahku,
Sentuhan keibuanmu
membuatku merinduimu selalu.
Duhai Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu hanya Allah yang lebih tahu,
Jasa serta kata-kata azimatmu tetapku genggam erat,
Tunjuk ajar serta didikanmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kaulah Ibuku yang amat kusayangi
Ibuku tiada galang gantinya..I Love U So much Ibu..
Selamat Hari Ibu buat ibuku dan ibu-ibu di Malaysia dan serata dunia.

Wednesday, May 4, 2011
Seuntai Kata Untuk Di Rasa..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadratMu,
Diatas segala limpah kurnia serta nikmatMu,
Semoga hidayahMu terus berdamping denganku selalu.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,
Ketekunan dalam perjuanganMu inspirasi yang mengikat,
Keperibadian terpuji tauladan terbaik untuk umat,
Kuharapkan syafaatMu sentiasa mengiringiku di akhirat.
Teristimewa buat ayah yang tersayang,
Jerih perih pengorbananmu bukan kepalang,
Jasamau membesar dan mendidikku tidak dapat ditimbang,
Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang tidak terbayang.
Titipan untuk ibuku yang amat kuperlu,
Lahirku ke dunia adalah atas belas ihsanmu,
Seraut wajah tenangmu sentiasa menghiasi langkahku,
Sentuhan keibuanmu membuatku merinduimu selalu.
Buat adik beradikku yang tercinta,
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala-galanya,
Sokongan dan doa kalian mengajarku tidak kenal putus asa,
Untuk teus berjuang memikul harapan keluarga.
Para pendidikku yang sangat ku kagumi,
Ilmu dan tunjuk ajar kalian tidak pernah ku lupai,
Kejayaanku hari ini sebagai bukti,
Jasamu tetapku kenang sampai mati.
Buatmu teman-teman seperjuangan,
Sepuluh jari ku susun memohon kemaafan,
Andai ada terguris hati dan perasaan,
Sewaktu kita bersama melakar kenangan.
Nukilan: Readone 1o/11..

Tuesday, May 3, 2011
Sumpah Eskay.. : Penilaian anda..?
Subscribe to:
Comments (Atom)