Salam..
Pada minggu ini iaitu 2 - 5 Februari 2010, Balai Islam Kolej Kediaman Kinabalu (8th) telah berjaya menganjurkan satu lagi program yg sangat menarik iaitu Minggu Kerohanian dan Mahabbah Kinabalu (MKMK). Sepanjang program ini berlangsung, berbagai aktiviti menarik telah dilakukan antaranya ialah seperti pameran barang2 muzium islam, Permainan tradisi berbagai etnik iaitu Melayu, Cina Dan India, Diskusi Agama, Xplorace & Futsal MKMK.
Tujuan utama penganjuran MKMK ini yg julung2 kalinya diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli kolej dalam menyatupadukan setiap etnik agar lebih mengenali antara satu sama lain.