Bismillah..
DEMI MASA..SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN.
Saturday, July 21, 2012
Sajak Cinta Ramadhan
Sya’ban datang menjengah secara tiba tiba,
tak terasa, kini ku bakal bertemu dengan bulan mulia,
ramadhan bakal berkunjung tiba,
tapi kehangatan ramadan lepas masih ku rasa bahangnya.
Ah! begitu cepat masa berlalu, aku masih rindu pada ramadan yang dulu,
kerana ku tak pasti, apakah aku dapat melaluinya pada ramadan kali ini,
ramadan bakal menerjah, apakah aku telah siap menyambutnya?!
Aku masih berteka teka, leka dengan mainan dunia,
konon mengumpul harta untuk anak keluarga,
tapi, hanyut dibuai bencana hedonisme dunia yang alfa lagi buta,
celaka, ya celakalah hamba dunia!
Aku masih berteka teka,
ku hitung amalan ku di dunia,
ku gapai Al Quran berwarna jingga, diselimuti debu tanah tak bernyawa,
ku renung dan ku renung, jiwaku mendesak aku membukanya, seolah ada jeritan kecil bersuara,
celaka kamu,! apa kini baru kamu mahu membaca!
Diriku rebah, hanyut dimamah dosa kelalaian dunia,
ku tak berdaya bangun, kakiku terasa berat bagai dibelenggu rantai samudera,
ya, rantaian samudera dunia yang berbisa,
tapi sampai bila?
Oh Ramadhan, kedatanganmu semakin hampir,
rinduku padamu semakin menggila,
kau bawa seribu kemuliaan tak terhitung jumlahnya,
kau tutupi seribu kemusnahan bencana dunia.
Kini ku sedar, aku harus bersiap siaga,
supaya kemuliaan yang kau bawa, tidak berlalu begitu saja,
Al quran, akan sentiasa ku bawa,
mathurat, tahajud, menjadi bekalan ku yang utama
Bebarapa hari lagi tersisa
bekalan akan ku persiapkan secukupnya
kerana Aku ingin menemuimu penuh cinta
cinta pada yang Maha Esa.
Nukilan Oleh
Pena Mujahid
In Team Ft Unic - Kemuliaan Ramadhan
Friday, July 13, 2012
Dari Kejauhan..
Subscribe to:
Comments (Atom)




